Tuesday, December 1, 2009

last weekend activity and my 1st day as a teacher.. ~

Salam 'alaik buat semua..actually ain sgt malas untuk menaip panjang2..im quite tired..so i just take a few minutes before 9pm sitting in front of my notebook..mawu menonton tv, menggosok baju seterusnye tidurrrrrrrr...last saturday family ain datang sini sebab ade majlis kawen sedara on sunday..so sabtu tu sempat gak la jalan2 ke times square jap and then rest kt hotel..malam plak main boling..so here some of the photos yg sempat ain edit cket2..

chop! hari ni selasa 1st of december ain start keje..this week lebih kurang macam kursus aje la..ade taklimat and penerangan all those thing..ain jadi teacher utk preschool sahaje okie..belum start mengajar lagi sebab sekolah kan tengah cuti sekarang..so masa yang ade just utk preparation mengajar nnt..mak ain bising2 sebab mak mmg nak sangat ain jadi cikgu dari dulu..tak habis2 suruh ain masuk maktab..tapi ain tak berape minat..last2 jadi cikgu gak even preschool je..lgpn before ni ain penah jadi guru ganti pas habis study dulu sementara tunggu konvo..Alhamdulilah gaji basic ain dapat ok la gak..syukur..moga2 hatiku ikhlas bekerja lillahita'ala..dan moga2 semuanya dipermudahkan Allah..aminnn..







Wednesday, November 18, 2009

perlukan link anda..

salam 'alaik..
memandangkan saya sekarang agak malas dan akan sibuk untuk melawat blog2 yang lain maka nya dengan ini saya memerlukan link2 anda yang sudi untuk saya listkan di sini..hehe..actually ain nak update blog list ain..untuk ain senang nak cari korang..untuk lawat semua list yang ada memang tak dapat la..so insyaAllah ain akan lawat blog2 yang akan ain masukkan dalam list baru nanti bila ada kelapangan..hope korang boleh kasi kat sini ye..thanks..moga2 terjalin ukhuwah.. =)

minggu ni ain akan balik kampung..since raya tak balik kampung lagi dengan mr anas..rindu bangat sama adik2ku..nanti nak bawa dorang jalan2 kat ipoh..nak karok sampai lebam! weeee~


Tuesday, November 10, 2009

sedikit petua untuk kita~

Salam 'alaik..

Bagi yang lelaki, baca, fahami dan lakukan sesuatu. Petua yang sangat berguna kepada para suami dan bakal suami..
Bagi si isteri pula sila print dan bagi husband baca okie..

Bahagian 1
1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3.Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
8. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
9. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
10. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
16. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan menyalahkan isteri.
17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
18. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

Bahagian 2
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you".
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
5. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
6. Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
7. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
8. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.
9. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
10. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
11. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
12. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai.
14. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
15.Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
16. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
17. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
18. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
19. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai
20. Lebihkan isteri dari anak-anak.
21. Belikan hadiah-hadiah kecil dari masa ke masa -- minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

Bahagian 3
1. Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.
2. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.
3. Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.
4. Belai isteri sebelum pergi kerja.
5. Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
6. Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.
7. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
8. Lakukan riadhah bersama isteri.
9. Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.
10. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.
11. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
12. Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.
13. Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.
14. Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
15. Sentiasa lakukan ibadah bersama.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA.. ~~

Wednesday, November 4, 2009

apa cerita yang korang nak ain tulis?

salam alaik untuk pembaca2 blog ain nih..ain tau ramai yang selalu baca entry2 ain..betul kan kan kan..even tak meninggalkan jejak di sini tapi ain tawu..baiklah..nak tanye sesiapa ada cadangan tak untuk cerita apa ain nak tulis dalam blog ni..dalam 3minggu ni je ain ada masa nak update..nanti korang akan susah nak tgk ain update pape lagi sebab ain akan start keje..

Thursday, October 29, 2009

kehidupan sebagai isteri..

Segala puji bagi Allah yang Maha Sempurna..sedar tak sedar dah hampir 3bulan ain bergelar isteri..kadang2 macam tak percaya pn ade..tapi ini realiti bukan fantasi ye kawan2..ramai yang tanya ain dah pregnant ke belum..ok disini saya ingin menjawab juge ye..bahawa saya masih belum mengandung lagi..saya sangat lah menginginkan anak tapi masih belum ada rezeki..lagipun awal lg..rilex la..nak kate tak sabar memang tak sabar sangat nak dapat baby..tapi kena sabar la..huhu ape aku tulis ni..ok2..senang2 doa2kan la kami cepat2 dikurniakan cahaya mata..adik2 ain kt umah tu lagi la..berpuluh2 kali tanye bila nak ade baby, dah period ke..huhu..adik2ku itu sungguh tak sabar mahu anak buah..biasela ain pun anak sulong tu yang excited sgt..lagipun kakak ipar ain iaitu kakak kpd mr anas tengah pregnant anak 1st dia..dah nak masuk 6bulan pn..ain pun excited tgk pewut dia yang semakin comel itu..ngee~

sekarang ni rutin harian ain adalah melayan suami dan buat kerja2 rumah..memang sangat bosan sebab dari pagi ke petang dok sorang2 kt umah..tiap hari sangat la tak sabar menanti suami pulang..actually ain ni jenis yang lambat cket nak sesuaikan diri dengan keadaan baru..tambahan plak dok umah mertua..segala galanya adalah baru bagi ain..kalau dulu dok umah bujang boleh buat suka hati tapi tidak sekarang..harus lebih sopan dan teratur ye kawan2..takde la, maksud ain dulu jaga diri sendiri jela tapi sekarang kena jaga suami paling penting..kena gosokkan baju, masak, basuh baju and all those things la..tapi alhamdulillah ain dapat suami yang pandai buat kerja2 umah..mr anas bukan lelaki yg kekok di dapur..mengemas, membasuh semua dia boleh buat..thanks to my mother in law sebab mendidik anak2nye sebegitu..hehe..sebab ape, adik beradik mr anas sorang je pmpuan..so yang selalu tolong kerja2 rumah anak2 lelaki la kan..hopefully bila duduk rumah sendiri nanti ain takkan keseorangan membuat kerja2 rumah..sebab bab mengemas mr anas cakap itu kerja dia.. I like~
tp kadang2 mr anas ni agak cerewet..ain jenis yang tak kisah..nak tawu tak, kalau lipat baju tu mst dia suh ain lipat elok2 je..kalau boleh dia suh letak pembaris biar lurus agaknye..hikhik..ain plak janji dah lipat, susun dalam almari, done..tapi mr anas pernah lipat balik baju yang ain dah lipat..haha..cadar mesti selalu dalam keadaan tegang ..bilik air every week dia akan berus..kipas takkan berhabuk..huhu..sejak kemasukan ain dalam bilik mr anas ni bilik jadi agak tak tersusun,,bukan ape, baju ain sangat la banyak..tak muat almari so kena gantung kt besi penyangkut baju yg salu korang letak kt umah2 bujang tu..ni pn banyak lagi baju ain yang masih belum di ambil kt umah sewa..kak ila aka jivebumz,sowie ye..nanti ain dtg amik..takde mase la nak amik..dari hari tu dok tangguh2..ok sambung citer..ain juga bersyukur sebab dapat family mertua yang baik dan best..sporting sangat..mak n abah mertuaku adalah cikgu dan parents yang baik..i wish my family akan jadi sebahagia family ni..

1disember nanti ain akan start kerja..hopefully ain ok kat tempat kerja baru nanti..kena mengajar dan berhadapan dengan budak2..awwwwww! suke~ jangan nnt ku gigit budak2 itu cukup la..ain dah tak larat dok umah sorang2 lagi..mr anas pn sibuk bekerja..dah la ain ni sangat sangat manja dengan mr anas..sowie abg hari2 kena layan isterimu yg keanak anakan ini..tapi tula yang membuatkan abg salu gelak kan kan..ngee~ ain pun tak tau cam mana nak kurangkan sifat ni..memang ain manja sgt dgn mr anas..yela, sebab ain tak pernah dimanjakan oleh mak abah ain..anak sulong, adik ramai lak tu..tu yang dgn mr anas ain seolah2 macam budak kecil yang selalu inginkan perhatian, nak dilayan, didokong..kalo mr anas tak layan mule la ain merajuk..hehe..harap2 dah ade baby nanti hilang la perangai tu..

lastly to mydearhubby, i love u soooo much..thanks sebab menyayangi dan menjaga sayang sebaiknya..


Monday, October 26, 2009

sangat sangat rindu dan sayang..

hari ni tah kenapa rase emosional sungguh..bukan ape,just terlalu rindukan family..yela, ain dah jadi isteri org kan..suami da jadi no1..dari dulu ain plan nak keje tak jauh dari umah n boleh tiap2 minggu balik umah..tapi takde rezeki lagi..Allah mengetahui mana yg lebih baik utk ain..lagipn da jodoh dgn org jauh..redha jela kan..tengok gambar2 dulu dapat gak mengubat rindu..tadi pn baru pas call adik..moga2 family ain akan bersatu dan bahagia dunia akhirat..

ni gambar dah lame..4tahun lepas tak silap..

Friday, October 9, 2009

beria suruh letak..

dari last week lagi mr anas asyik tanye da letak belum gambar babycat dia kt blog..ain plak kalau online mengadap facebook je..hehe..hari ni baru nak update..mr anas kena kerja hari ni..nasib half day je..tah pape ntah delloyd tu..kalau takde mr anas cam dorang takley buat keje..semua nak harapkan mr anas je..camtu naikkan la gaji cepat2..kerja bukan main banyak tapi kedekut..dari dulu ain memang tak brape nak puas hati..kesian mr anas tak menang tangan kt office dia..ade makhluk tu plak tak boley harap..sikit2 call mr anas padahal dia lg senior..kalau mr anas cuti pn handset asyik bunyi..geram taw! mengganggu privacy..moga2 mr anas zuhair cepat2 dinaikkan pangkat dan gaji..aminnn...alamak..lari tajuk..ngeee~
Ok lah berbalik pada jalan yang benar..mr anas beria suh ain publish gambar2 kucing dia nih..so special sebab lahir pada 090909..hehehe..mmg sangat cute..ain sampai rasa nak picit2 je..comel sangatsangat!




Saturday, September 26, 2009

sadness and happiness ~

ain sangat sedih sebab sorang lagi adik ain dah balik kedah tadi..semalam yang lelaki sorang tu dah balik..esok lagi 3orang nak balik..ain pn balik jenjarom...sedih la..ain nangis tadi..mak mesti lagi sunyi anak2 semua takde..tinggal 2orang yg kecik tu jela..ntah knapa kali ni emosional sungguh la..aduii...tahannn...tahaaaaaannnnnnn...tamo nangesssss ye ain....
gambar2 raya tahun ni dengan family ain..tak dapat ain gambarkan betapa ain sayang sangat kat family ain..mereka adalah segala galanya bagi ain..



ni plak family mertua..masa hari raya ke3..baju recycle sebab tema kaler same je..hikhik..


raya ke4 adalah birthday mr anas..ain nak wat suprise tp tak menjadi plak..kelam kabut raya ni..biaselah 1st time raya dengan suami..b4 ni bile dengar org lain yg dah kawen ade masalah nak blk kg mane ain salu fikir ape la tu pn jadi masalah..gilir2 jela..bile kena kt diri sndiri baru la rase cam mane peningnye..berbalik kt cite birthday mr anas tu okie..ain tunggu la dari ptg tu nak suh dia tido sebab nak cari kek n nak balut hadiah..skali mr anas tak tido2..last2 ain yg tertido..kul12 tu ain wish n baru balut hadiah..hahha..rabu tu baru cari kek n buka hadiah..





dan kami dengan kegilaan kamera...








Thursday, September 24, 2009

unhappy

Ni ain nak cite pasal wedding ain aritu..ramai yang cakap kitorang cam main kawen2 je..tak serius..my daddy in law pn cakap camtu..yeke? ade 1 perkara yang kalo boleh nak je ain undur balik masa n betulkan..patutnya nikah kt masjid pukul 1030 pagi..ain dah siap dah time tu..tapi kena tunggu adik2 perempuan ain yang ramai tu siap sampai lambat sampai masjid..pastu bile tgk mekap ain memang ain tak suka! Rosak mood..nampak gelap pastu tak cover parut2 yang ade..actually lbh kurang sebulan lebih b4 kawen aritu ain ade beli 1 produk utk kulit..memang mahal la..yela dah nak kawen mesti la excited kan..nak prepare macam2,nak nampak cantik masa wedding nanti..masa tu muka ain bukan la teruk pn..Cuma ade jerawat cket2 je..touch up cket tak nampak la..tapi bile pakai produk tu terus naik mendadak jerawat..kat pipi lak tu..pastu parutnya susah gile nak hilang..ain stop pakai tapi parutnya still tak hilang..menangis la ain..nak menyesal pn tak guna sebab dah beli..kan bagus kalo duit tu ain guna untuk benda yang lebih berfaedah..kalo ain ni banyak duit takpe..sampai sekarang parutnya still ada lagi..susahnye nak hilang..mak andamnye aritu dah la guna foundation yg gelap..pastu eye shadow purple plak..patutnye pink la kan..huh..nak wat cam mane dah lepas dah pun..dah boleh nak ubah dah..

well gambar2 wedding dari kimo n kimy baru sampai tadi..ni antara gambar2 yang paling ain suka..thanks kimo kimy touch up kan balik muka ain..n thanks to ayie sebab sudi datang..ngee~












Monday, September 14, 2009

baru nak update ke?

haaa....sekian lama baru ain nak publish entry ni..seminggu sebelum puasa aritu ain n mr anas pergi genting dgn my cousin honeysour dan suaminya..saje jalan2..dari umah ain pergi ke putrajaya dulu umah honeysour then pas zohor baru gerak..huhu..kat sana ain n mr anas just main boling je..sebab dah lewat kitorang malas la nak masuk..ni antara gambar2 yang ada..nak tau..kitorang slumber je bawa kamera masuk kt tempat ais tu..nasib tak kantoi..pandai2 la sorok kan..
suamiku tersayang