Thursday, October 21, 2010

7 weeks already ~

jumaat 15oktober2010 aku check sendiri n dapat good news that im pregnant..so happy! alhamdulillah..

isnin 18oktober2010 aku pergi klinik untuk confirmkan..doctor cakap kandungan dah 6minggu 4 hari.. =)
pagi isnin tu dah start loya2, muntah2..


selasa 19oktober2010 half day..tak larat nak keje pagi tu..makan je muntah..minum pn muntah..badan rasa lemah.. asyik terbaring je..

rabu 20oktober2010 cuma loya2 je tapi tak muntah..


khamis.......

dah 7minggu kandungan aku..hari ni pagi muntah2 gak..badan lemah sgt..rasa menggigil lutut bila nak jalan..pagi mmg betul2 rasa tak larat..dengan budak2 riuh rendahnya..adoyaiii.....penat sangat sangat sangat!


ya Allah ya tuhanku, aku bermohon..kau berilah aku kekuatan untuk menjaga zuriatku ini..aku sedar kadang2 aku lemah untuk mengawal emosi hingga mengalirkan air mata..kau lindungilah zuriatku dari segala yg buruk..berilah aku kekuatan, kesihatan yg baik, ketenangan hati dan fikiran..jadikan zuriatku ini anak yg soleh solehah..yg dapat mendoakan ibu ayahnya..
aku bersyukur sgt atas rezeki yg dah lama aku tunggu2 ni..

sekarang baru aku dapat rasa betapa mulianya pengorbanan insan bergelar ibu..

Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya..Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan..

apabila seorang wanita mulai sakit hendak besalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala berjihad di jalan Allah..

7 weeks

Thursday, October 14, 2010

good news!

Alhamdulillah... takde kata lg yg dapat aku ucapkan selain tu..lebih 2minggu lepas mmg aku ade rasa nak period..tp seminggu lepas tu still tak period lg..sampai la kelmarin 2minggu lewat period..selama ni tak pernah selewat itu..last week plak tetiba demam..batuk n selesema..badan plak rasa lain je..memang dalam hati ni tersangat berharap ade rezeki utk dapat baby..tp aku cube gak pujuk diri untuk tak terlalu berharap..sampai la kelmarin aku n hubby pergi jusco nk beli pregnancy test tu..tp tak berani nk test..nervous sangat2! pagi tadi aku pn memberanikan diri nak test..dengan berkat hari jumaat ni..sebab malam tadi pn aku tak berapa boleh tido..batuk teruk,sakit tekak..pastu aku hampir2 nak terjatuh dalam bilik air..alhamdulillah takde pape berlaku..so bangun pagi2 dengan mengigil satu badan aku pn test senyap2..pastu terus kua 2line..mule2 aku fikir betul ke ni?? bila check blk memang positif..mr anas terus terdiam macam tak percaya je..pastu dok tersenyum je..i now he is sooo happy..even dia tak melompat kegirangan..then aku terus bgtau mama n abah..pastu ma n abah in law plak..

hari ni aku asik tersenyum kambing sorang..mule dari drive nk g keje pagi tadi..macam2 perasaan..berdebar2, takut, gembira, excited..yg menakutkan aku ialah environment tmpt keje aku nih..yela keje aku mengajar budak2..tau2 jela budak 4,5 n 6 tahun cam mane..mane reti dok diam..pastu hari2 turun naik tangga..nak meninggikan suara mengajar budak2 ni lagi..serius mmg minggu ni rasa penat sangat2! sumpah tak tipu..before ni ade 4 org teacher mengajar genius aulad ni keguguran..bayangkan la..mau taknye hari2 kena menjerit kt budak2..nauzubillah..minta2 aku dijauhkan dr benda2 buruk..
aku baru teringat yg last period aku hari tu after mandi aku minum susu kambing blend dgn kurma..sebab penah dengar ustaz suggestkan camtu..tak sangka skali try terus jadi..alhamdulillah..aku paksa mr anas minum gak susu tu..even dia mmg tak suka minum susu! haha~ yela, ade beberapa org tau kan ape yg jadi kt aku 4 5 bulan lepas..untuk yg tak tau aku cite la ye..aku pegi berurut pastu demam 2minggu..teruk sgt..sampai susut badan..sampai aku bleeding..pegi klinik aku pitam..doc tu suh pegi hospital sbb tak tau ape mslh aku..bile berubat balik rupa2nya peranakan aku dah kt tepi..ya Allah..mmg aku takut sgt masa tu..aku berubat kg kg dgn hamba Allah yg blh dipercayai..dia pegang cket je prt aku tak lame tu dah ok..

ok..sekarang ni aku kena jaga diri baik2..takleh makan suka hati..aku akan cuba kawal emosi supaya tak efect kt baby nnt..jaga mulut,tingkah laku,perlakuan dan hati..moga2 nurul ain bt mohamad yusop diberikan kekuatan dan kesabaran..aku tak kisah sgt boy or girl yg penting nnt jadi anak yg baik..aku akan jaga dan didik anak aku nanti sebaiknya supaya jadi anak soleh solehah..JANJI!

Saturday, October 9, 2010

Bersabarlah Wahai Saudaraku...

"Hidup yang beberapa tempoh lamanya ini tidak terlepas dari kita akan beberapa situasi yang menyukarkan kita. Tatkala ini berlaku, bermacam-macam perasaan datang, yang kadang-kadang boleh merosakkan diri dan iman kita.Renung dan perhatikanlah beberapa ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut. Ia khusus untuk memperbaiki cara kita pandang dan fikir terhadap setiap masalah yang menimpa diri kita.

Mudah-mudahan kalam ALLAH Yang Maha Benar dan kalam Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut bisa menenangkan jiwa kita. Semoga dengan membacanya makin bertambah kekuatan sabar dan redho di dalam diri kita semua tatkala berhadapan dengan masalah, musibah dan kesukaran, insyaALLAH:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا

Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu” (Ali ‘Imran, 3:200)

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:155)

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar, 39:10)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:153)

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

Yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” (Muhammad, 47:31)

Berikut pula beberapa hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, ALLAH Ta’ala berfirman: “Tidak ada pembalasan bagi seorang hambaKU yang mukmin yang telah AKU ambil kembali kekasihnya dan ahli dunia ini kemudian ia hanya mengharapkan pahala daripadaKU, kecuali pembalasan syurga.” (HR Bukhari)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya ALLAH Ta’ala berfirman: “Apabila AKU menguji salah seorang hambaKU dengan buta kedua matanya, kemudian ia sabar, maka AKU akan menggantikannya dengan syurga.” (HR Bukhari)

Dari ‘Atha’ bin Abi Rabah berkata: “Ibnu ‘Abbas radhiAllahu ‘anhuma berkata kepadaku: “Mahukah kamu saya tunjukkan seorang wanita yang termasuk ahli syurga?” Saya menjawab: “Ya, saya mahu”. Ia berkata: “Itu wanita hitam yang pernah datang kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang mana ketika itu dia berkata: “Sesungguhnya saya mempunyai ayah dan sesungguhnya saya mempunyai penyakit ayan, dan sesungguhnya pernah terbuka aurat saya kerananya (penyakit itu), oleh itu doakanlah kepada ALLAH Ta’ala agar penyakit saya sembuh.” Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila kamu mahu sabar maka kamu akan mendapatkan syurga, dan apabila kamu tetap meminta maka saya pun akan berdo’a kepada ALLAH agar DIA menyembuhkan penyakitmu itu.” Wanita itu berkata: “Saya akan bersabar”. Kemudian wanita itu berkata lagi: “Sesungguhnya kadang-kadang sampai terbuka aurat saya, maka do’akanlah kepada ALLAH agar aurat saya tidak terbuka.” Maka Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pun mendo’akan baginya. (HR Bukhari & Muslim)

Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhuma, dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemelaratan, kegundahan, kesedihan, kesakitan mahupun kedukacitaan akibat tertusuk duri pun, nescaya ALLAH akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” (HR Bukhari)

Dari Ibnu Mas’ud radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya masuk ke tempat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang beliau menderita sakit panas, kemudian saya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan benar-benar menderita sakit yang panas sekali.” Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Benar, sakit panas yang saya deritai ini dua kali ganda yang biasa dideritai oleh seseorang di antara kamu sekalian.” Saya berkata: “Kalau begitu, tuan mendapat pahala dua kali ganda.” Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Benar, memang demikianlah keadaannya. Seorang muslim yang tertimpa suatu kesakitan, baik itu berupa duri ataupun lebih dari itu nescaya ALLAH menutupi kesalahan-kesalahannya dan menghapus dosa-dosanya sebagaimana daun berguguran dari pohonnya.” (HR Bukhari & Muslim)

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila ALLAH Ta’ala mencintai sesuatu bangsa maka ALLAH menguji mereka; barangsiapa redho maka ALLAH akan meredhoinya. Dan barangsiapa yang marah, maka ALLAH akan memarahinya.” (HR at-Turmudzy)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang baik maka DIA akan menyegerakan seksaannya di dunia ini, dan apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang jahat, maka DIA akan menangguhkan balasan dosanya sehingga akan dituntut nanti pada Hari Kiamat.”

Dari ‘Aisyah radhiAllahu ‘anha bahawasanya dia bertanya kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tentang wabak taun. Kemudian Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam memberitahu kepadanya bahawa wabak taun itu merupakan seksaan yang ditimpakan oleh ALLAH Ta’ala kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA. Akan tetapi ALLAH Ta’ala menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Seseorang yang tetap tinggal pada suatu daerah yang dijangkiti taun dan dia sabar, malah memohon kepada ALLAH serta sedar bahawa dia tidak akan tertimpa musibah itu kecuali apabila ALLAH telah mentaqdirkannya maka dia akan mendapat pahala seperti pahalanya orang yang mati syahid.“ (HR Bukhari)

Semoga hati kita lebih tenang dan redho setelah membaca kalam-kalam yang mulia di atas. Lantas menerbitkan kesabaran yang mantap dan iman yang padu dalam menempuh ranjau hidup yang penuh mencabar di hadapan sana. Mudah-mudahan ALLAH bersama-sama kita, amin…

WAllahu Ta’ala A’lam.

Thursday, August 19, 2010

Something ~

Salam 'alaik..jumaat 20ogos2010 bersamaan 10ramadhan..kejap je dah 10 hari puasa..Alhamdulillah aku dan suami dpt berpuasa sama2..even berdua je berbuka tp suara jiran2 dah cukup riuh rendah..so tak rasa sunyi sgt la..
tahun ni jgk adalah puasa yg paling mencabar utk aku..yela tanggungjawab as a preschool teacher at Genius Aulad mmg sgt mencabar..ramai org igt ala setakat ajar budak2 kecik senang je..tp hakikatnya..yg melalui je mengerti..memang letih sangat2..budak2 plak cikgu2 puasa ni kurang tenaga tp dorg makin aktif..lompat sana sini, berlari menjerit bergaduh..serius tak tipu mmg penat gile wehhh....
masa mula2 aku mengajar dulu rasa mcm tak sanggup je nak mengajar budak2 ni..bukan senang..Alhamdulillah dr yg langsung tak tau pegang pensil dah boleh melukis dgn cantik dan comel,yg tak kenal langsung abc dah boleh membaca dgn lancar..tak sabar nak ajar anak sendiri plak..INSYAALLAH..
Aku mengajar pagi n petang..pagi mmg budak2 hiper aktif..maybe energy dorg full lg..class aku pagi ada 17 org, ptg 11 org..aku lebih suka dgn budak2 ptg sbb kurang aktif pastu pndai2..maybe sbb aku lbh byk bg perhatian kt dorang..yela dah dorg kurang aktif..budak2 pg suara aku pn tenggelam dgn keriuhan dorg tu..tp aku sayang sgt kt dorg..moga2 dorang ingat kt aku bila besar nnt..n moga mereka semua jadi manusia yg berguna, yg baik, soleh solehah dan bijak..moga2 aku ikhlas menjalankan tanggungjawab..lillahitaala..byk pahala yg boleh aku dpt mudah mudahan..

Tuesday, August 10, 2010

jika isteri menangis dihadapanmu..

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sunday, July 18, 2010

Erti Sebuah Perkahwinan..

Salam alaikum untuk semua..cantik tak layout baru blog aku? haha..ni hasil kerja suami tersayang..oleh sbb tv umah kami rosak, dan pembedahan beliau ke atas tv tersebut telah gagal maka blog aku lah yg dibedah pula..

oklah, kali ini aku berkeinginan nak tulis pasal pernikahan atau perkahwinan..sebab ade la beberapa orang kawan aku yang tak habis2 cakap takut nak kawen..takut nak kawen..sampai ade gak yg cakap taknak kawen..rugi you! aku pasti semua tau yang perkahwinan adalah satu sunnah..nabi sendiri taknak mengaku kita ni umatnya kalau kita tak berkahwin..kat sini aku lebih nak cerita apa pendapat aku tentang perkahwinan dan apa perasaan aku setelah berkahwin..

bagi aku perkahwinan ni sesuatu yg sangat unik..bagi yg betul2 menghayati maksudnya..dulu before aku kawen macam2 andaian, harapan dan impian tentang perkahwinan..angan2 pun ade gak..hehe..nk kawen dgn putera raja! hahaha ok merepek~ serius dulu pn aku ade perasaan takut, risau nak jadi seorang isteri..yela kan, macam2 yang kita dengar kisah pasangan yang bercerai..nauzubillah..moga2 kita dijauhkan dari perkara macam tu..

ala, biasa la, suami isteri..sedangkan lidah lagi tergigit..perselisihan faham, terasa hati, makan hati, sakit hati, kecil hati semua tu mesti akan kita rasa..dan kuncinya..SABAR..satu perkataan tu je kita kena ingat..aku sedar, kita ni manusia biasa yang sgt la tipis imannya..cakap sabar mmg la senang..tp nak buat tu..huh!

bagi yang dah kawen korang pernah tak terfikir or terkeluar dari mulut korang kt pasangan korang..aku tak faham la dengan dia tu..kenapa dia buat macam tu..kenapa jadi macam ni..ye, memang banyak unexpected things dalam alam rumahtangga ni..tu sebab kita kena terima seadanya..aku cakap untuk diri aku juga..sebab aku pn penah terfikir macam tu..pasangan kita tu adalah yg terbaik untuk kita..ingat tu..

kadang2 mesti ada terlintas kt fikiran kita, setiakah pasangan kita pada kita? boleh ke kita hidup bahagia selama lamanya? aku pn pernah terfikir camtu jgk..serius tak tipu..aku penah tanye kt mr anas..dia setia tak kt aku..tp jwpn dia adalah adakah aku setia kt dia..pastu dia ckp kalo mama setia kt papa mst papa setia kt mama..baik mama baik la papa..btl jgk kan..

so untuk yg takut nak kawen tu takyah la takut2..kawen ni satu nikmat Allah untuk kita..pahala amalan kita digandakan..pape pn kita kena lalu jgk jalan yg Allah tetapkan untuk kita..

aku nak taip panjang lagi tapi masa tak cukup..insyaAllah di lain entry ye..

papa,
mama nak papa tau betapa mama sayangkan papa..papa adalah segala galanya bagi mama..tak terungkap betapa dalamnya cinta mama pada papa..walaupn mama sedar, kadang2 mama tak dapat jadi isteri yg terbaik untuk papa..tapi percayalah, mama cuba..kadang2 mama degil, kadang2 mama malas, kadang2 mama tak dengar cakap papa, kadang2 mama terlepas cakap kt papa..tapi impian mama nak jadi isteri yang terbaik untuk papa..papa adalah segala galanya bagi mama..maafkan dosa2 mama, halalkan makan minum mama..mama tau, penat papa nak layan mama yg terlebih manja dgn papa kan..mama saaaaayannggg papa banyak banyak sangat!


Sunday, June 20, 2010

macam mana nak buat orang jatuh cinta kt kita??

sudah berkurun lama tak update..serius mmg malas gile nak menaip membatu depan laptop nih..boleh kematu bontot..haha agak melampau disitu ye..ok lah kali nih aku nak share tips untuk membuat org jatuh cinta..echeche..kita ni semua manusia mesti ada rasa cinta, sayang dan sewaktu dengannya..kadang2 kita suka kt org tu tp org tu tak berapa nak perasan kt kita ni..kadang2 orang suka kt kita tapi kita tak suka dia..kadang2 kita suka orang yang kita suka, kadang2 orang suka orang yang kita tak suka..korang faham kan? aku pn tak faham..ngee~ baiklah..petua yg nak dikongsi ni dr Dato Dr Fadzilah Kamsah ye..beliau adalah idola saye sekian terima kasih..

~wanita idaman lelaki~
  1. Rasa cantik dalam diri, yakin diri. Yakin dengan ciptaan Allah.
  2. Sifat keanak-anakan. Sesekali dan jangan over
  3. Berakhlak mulia, sopan – santun, ada sifat-sifat wanita timur
  4. Beragama, taat perintah Allah
  5. Pandai tapi tak menunjukkan kepandaiannya
  6. Memahami lelaki
  7. Tidak terlalu cerewet, tidak cakap berulang
  8. Tidak terlalu cemburu
  9. Tidak terlalu canggih
  10. Dapat meransang semangat lelaki
  11. Ada kesamaan yang significant
  12. Sejuk mata memandang
  13. Pemaaf
  14. Seimbang
  15. Body language yang cantik
~lelaki idaman wanita~
  1. Nampak segak, macho, kemas
  2. Romantic – pandai mempamerkan kasih saying
  3. Gentleman, lemah-lembut, sopan
  4. Wajah seorang penjaga, pendidik
  5. Bijaksana dan matang, boleh buat keputusan
  6. Understanding, tolak ansur
  7. Dapat membimbing, boleh beri nasihat
  8. Tidak mudah merajuk
  9. Tidak terlalu ego
  10. Kelakar tapi jangan buat lawak bodoh
  11. Tidak kedekut
  12. Layan semua orang dengan baik
  13. Ada sifat yang boleh dibanggakan
  14. Pandai mendengar
  15. Punyai persamaan
  16. Bersih dan wangi
  17. Wajah kebudak-budakan, mudah senyum
“You make your own destiny. Don’t wait for it to come to you.”

gambar hiasan..




Saturday, May 1, 2010

masa itu semakin hampir..

Salam alaik semua.."cepat betul masa berlalu kan..jap je dah nak keje esok.." ayat ni mesti salu kua dari mulut kite semua..seminggu tu kejap sgt kite rasa..apatah lg sehari..pejam celik je kan..kite mesti tau yg masa terasa begitu cepat berlalu tu adalah salah 1 tanda hari kiamat..setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari..
tak tau cam mane nak luahkan ape yg ade kt hati nih..seminggu dua ni asyik terfikir2..cubela bayangkan kalo tetiba kita bangun pagi pastu tgk matahari dah terbit kt barat..apa perasaan kite time tu? mesti penuh dgn seribu satu rasa kan..menyesal sebab kita tak gunakan masa yg ada ni utk perbanyakkan amal kita..tapi time tu dah tak guna lagi..masyaAllah..ntah la..tak tau nk cakap cam mane..rase takut sgt2 bile terbayang keadaan tu..dosa2 kita dgn manusia, ibu ayah kita, kawan2..dan paling penting dgn Allah..kadang2 kita lewatkan solat, leka dgn macam2 kt dunia ni..Astaghfirullahalazimm..aku pn sama jugak..selalu lupa..kadang2 kita pentingkan perkara lain dr yg lebih penting..dgn kawan2..kadang2 tanpa sedar kita mengumpat, menyakiti hati org lain..dgn suami,mungkin juga kadang2 ada tingkah laku atau percakapan kita yg mengguris hatinya..mungkin juga banyak..ya Allah..laju plak air mata ni..belum lg dgn ibu bapa yg dari kecil bersama kite..mesti bertimbun salah kita kan???saya doakan saya,suami saya,keluarga saya, dan anda semua diampunkan dosa2 dan berbahagia dunia akhirat..
oklah, minggu ni insyaAllah aku n hubby akan start angkat barang2 nk pindah rumah..dekat sikit dgn tempat keje..semalam dah beli sikit barang2 keperluan..set bilik tido pn dah order..2minggu lg baru smpai..kalo korang rajin tolong la listkan barang2 lain yg perlu..semalam bila nk beli barang baru la nampak banyak lg sebenarnya yg kena beli..pening kepala plak sebab tak buat list dulu..alhamdulillah hadiah2 dapat mase kawen aritu byk membantu..teringin plak pegi ikea..tp semalam dah tak sempat nk ke sana..moga2 kami dipermudahkan dan dimurahkan rezeki..sekian~

Friday, April 16, 2010

oh lamenye tak update blog...

salam...lame btl kn aku tak update blog..dah bersarang pn kan..mmg skrg bz sgt dengan keje..takde ape sgt nk tls pn cume lepas syarat je update blog..hehehe.. hai hai hai korang....
ok la sambung cite..aku tgh pening kepala ni..dr petang persoalan yg bermain kt fikiran "keje ni ke yg mmg memenatkan atau aku yg buat keje ni jd penat?" haaa...jawab2..still blm dpt jwpn lg..serius mmg penat gile wei...minggu ni lg la..balik umah je takde yg ku fikirkan selain tido..


yg lain terabai..haha..isteri ape la aku nih kan..sian kt hubby aku sorang tuh..kt skola skrg aku dok melatih budak2 utk performance bln dpn..cube la bayangkan..bukannye melatih budak 12thn..ni budak 4&5 thn...performance ni yg amk bhgian cume 4 & 5 years old kids..mmg seksa gile meroyan la aku melatih dorg..ini bukan performance bodo2 okie..ade 2 sesi..yg pagi kene buat choral speaking dgn gaya2nye skali..in english..ptg plak ade tarian n short drama..tak ke meroyan aku nk latih budak2 kecik tuh semua..16.5 nnt performance with other centre skali dgn kumpulan raihan..adoiai...dah la nk latih budak..pastu nk kejar silibus mengajar lg..kang budak2 tak pandai baca teacher gak yg dipersalahkan..mmg super duper letih..
alamak..cukup la tuh..hubby dah terpejam2 tunggu aku dok dpn laptop ni dr tadi..cian dier dah ngntuk..esok mawu nonton wayang di jusco bkt tinggi maybe..takpn sunway..sape nk join dtg taw kite jumpe..hikhik..to be continue......daaaaaaa~