Thursday, October 21, 2010

7 weeks already ~

jumaat 15oktober2010 aku check sendiri n dapat good news that im pregnant..so happy! alhamdulillah..

isnin 18oktober2010 aku pergi klinik untuk confirmkan..doctor cakap kandungan dah 6minggu 4 hari.. =)
pagi isnin tu dah start loya2, muntah2..


selasa 19oktober2010 half day..tak larat nak keje pagi tu..makan je muntah..minum pn muntah..badan rasa lemah.. asyik terbaring je..

rabu 20oktober2010 cuma loya2 je tapi tak muntah..


khamis.......

dah 7minggu kandungan aku..hari ni pagi muntah2 gak..badan lemah sgt..rasa menggigil lutut bila nak jalan..pagi mmg betul2 rasa tak larat..dengan budak2 riuh rendahnya..adoyaiii.....penat sangat sangat sangat!


ya Allah ya tuhanku, aku bermohon..kau berilah aku kekuatan untuk menjaga zuriatku ini..aku sedar kadang2 aku lemah untuk mengawal emosi hingga mengalirkan air mata..kau lindungilah zuriatku dari segala yg buruk..berilah aku kekuatan, kesihatan yg baik, ketenangan hati dan fikiran..jadikan zuriatku ini anak yg soleh solehah..yg dapat mendoakan ibu ayahnya..
aku bersyukur sgt atas rezeki yg dah lama aku tunggu2 ni..

sekarang baru aku dapat rasa betapa mulianya pengorbanan insan bergelar ibu..

Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya..Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan..

apabila seorang wanita mulai sakit hendak besalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala berjihad di jalan Allah..

7 weeks

Thursday, October 14, 2010

good news!

Alhamdulillah... takde kata lg yg dapat aku ucapkan selain tu..lebih 2minggu lepas mmg aku ade rasa nak period..tp seminggu lepas tu still tak period lg..sampai la kelmarin 2minggu lewat period..selama ni tak pernah selewat itu..last week plak tetiba demam..batuk n selesema..badan plak rasa lain je..memang dalam hati ni tersangat berharap ade rezeki utk dapat baby..tp aku cube gak pujuk diri untuk tak terlalu berharap..sampai la kelmarin aku n hubby pergi jusco nk beli pregnancy test tu..tp tak berani nk test..nervous sangat2! pagi tadi aku pn memberanikan diri nak test..dengan berkat hari jumaat ni..sebab malam tadi pn aku tak berapa boleh tido..batuk teruk,sakit tekak..pastu aku hampir2 nak terjatuh dalam bilik air..alhamdulillah takde pape berlaku..so bangun pagi2 dengan mengigil satu badan aku pn test senyap2..pastu terus kua 2line..mule2 aku fikir betul ke ni?? bila check blk memang positif..mr anas terus terdiam macam tak percaya je..pastu dok tersenyum je..i now he is sooo happy..even dia tak melompat kegirangan..then aku terus bgtau mama n abah..pastu ma n abah in law plak..

hari ni aku asik tersenyum kambing sorang..mule dari drive nk g keje pagi tadi..macam2 perasaan..berdebar2, takut, gembira, excited..yg menakutkan aku ialah environment tmpt keje aku nih..yela keje aku mengajar budak2..tau2 jela budak 4,5 n 6 tahun cam mane..mane reti dok diam..pastu hari2 turun naik tangga..nak meninggikan suara mengajar budak2 ni lagi..serius mmg minggu ni rasa penat sangat2! sumpah tak tipu..before ni ade 4 org teacher mengajar genius aulad ni keguguran..bayangkan la..mau taknye hari2 kena menjerit kt budak2..nauzubillah..minta2 aku dijauhkan dr benda2 buruk..
aku baru teringat yg last period aku hari tu after mandi aku minum susu kambing blend dgn kurma..sebab penah dengar ustaz suggestkan camtu..tak sangka skali try terus jadi..alhamdulillah..aku paksa mr anas minum gak susu tu..even dia mmg tak suka minum susu! haha~ yela, ade beberapa org tau kan ape yg jadi kt aku 4 5 bulan lepas..untuk yg tak tau aku cite la ye..aku pegi berurut pastu demam 2minggu..teruk sgt..sampai susut badan..sampai aku bleeding..pegi klinik aku pitam..doc tu suh pegi hospital sbb tak tau ape mslh aku..bile berubat balik rupa2nya peranakan aku dah kt tepi..ya Allah..mmg aku takut sgt masa tu..aku berubat kg kg dgn hamba Allah yg blh dipercayai..dia pegang cket je prt aku tak lame tu dah ok..

ok..sekarang ni aku kena jaga diri baik2..takleh makan suka hati..aku akan cuba kawal emosi supaya tak efect kt baby nnt..jaga mulut,tingkah laku,perlakuan dan hati..moga2 nurul ain bt mohamad yusop diberikan kekuatan dan kesabaran..aku tak kisah sgt boy or girl yg penting nnt jadi anak yg baik..aku akan jaga dan didik anak aku nanti sebaiknya supaya jadi anak soleh solehah..JANJI!

Saturday, October 9, 2010

Bersabarlah Wahai Saudaraku...

"Hidup yang beberapa tempoh lamanya ini tidak terlepas dari kita akan beberapa situasi yang menyukarkan kita. Tatkala ini berlaku, bermacam-macam perasaan datang, yang kadang-kadang boleh merosakkan diri dan iman kita.Renung dan perhatikanlah beberapa ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut. Ia khusus untuk memperbaiki cara kita pandang dan fikir terhadap setiap masalah yang menimpa diri kita.

Mudah-mudahan kalam ALLAH Yang Maha Benar dan kalam Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut bisa menenangkan jiwa kita. Semoga dengan membacanya makin bertambah kekuatan sabar dan redho di dalam diri kita semua tatkala berhadapan dengan masalah, musibah dan kesukaran, insyaALLAH:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا

Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu” (Ali ‘Imran, 3:200)

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:155)

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar, 39:10)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:153)

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

Yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” (Muhammad, 47:31)

Berikut pula beberapa hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, ALLAH Ta’ala berfirman: “Tidak ada pembalasan bagi seorang hambaKU yang mukmin yang telah AKU ambil kembali kekasihnya dan ahli dunia ini kemudian ia hanya mengharapkan pahala daripadaKU, kecuali pembalasan syurga.” (HR Bukhari)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya ALLAH Ta’ala berfirman: “Apabila AKU menguji salah seorang hambaKU dengan buta kedua matanya, kemudian ia sabar, maka AKU akan menggantikannya dengan syurga.” (HR Bukhari)

Dari ‘Atha’ bin Abi Rabah berkata: “Ibnu ‘Abbas radhiAllahu ‘anhuma berkata kepadaku: “Mahukah kamu saya tunjukkan seorang wanita yang termasuk ahli syurga?” Saya menjawab: “Ya, saya mahu”. Ia berkata: “Itu wanita hitam yang pernah datang kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang mana ketika itu dia berkata: “Sesungguhnya saya mempunyai ayah dan sesungguhnya saya mempunyai penyakit ayan, dan sesungguhnya pernah terbuka aurat saya kerananya (penyakit itu), oleh itu doakanlah kepada ALLAH Ta’ala agar penyakit saya sembuh.” Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila kamu mahu sabar maka kamu akan mendapatkan syurga, dan apabila kamu tetap meminta maka saya pun akan berdo’a kepada ALLAH agar DIA menyembuhkan penyakitmu itu.” Wanita itu berkata: “Saya akan bersabar”. Kemudian wanita itu berkata lagi: “Sesungguhnya kadang-kadang sampai terbuka aurat saya, maka do’akanlah kepada ALLAH agar aurat saya tidak terbuka.” Maka Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pun mendo’akan baginya. (HR Bukhari & Muslim)

Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhuma, dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemelaratan, kegundahan, kesedihan, kesakitan mahupun kedukacitaan akibat tertusuk duri pun, nescaya ALLAH akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” (HR Bukhari)

Dari Ibnu Mas’ud radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya masuk ke tempat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang beliau menderita sakit panas, kemudian saya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan benar-benar menderita sakit yang panas sekali.” Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Benar, sakit panas yang saya deritai ini dua kali ganda yang biasa dideritai oleh seseorang di antara kamu sekalian.” Saya berkata: “Kalau begitu, tuan mendapat pahala dua kali ganda.” Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Benar, memang demikianlah keadaannya. Seorang muslim yang tertimpa suatu kesakitan, baik itu berupa duri ataupun lebih dari itu nescaya ALLAH menutupi kesalahan-kesalahannya dan menghapus dosa-dosanya sebagaimana daun berguguran dari pohonnya.” (HR Bukhari & Muslim)

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila ALLAH Ta’ala mencintai sesuatu bangsa maka ALLAH menguji mereka; barangsiapa redho maka ALLAH akan meredhoinya. Dan barangsiapa yang marah, maka ALLAH akan memarahinya.” (HR at-Turmudzy)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang baik maka DIA akan menyegerakan seksaannya di dunia ini, dan apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang jahat, maka DIA akan menangguhkan balasan dosanya sehingga akan dituntut nanti pada Hari Kiamat.”

Dari ‘Aisyah radhiAllahu ‘anha bahawasanya dia bertanya kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tentang wabak taun. Kemudian Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam memberitahu kepadanya bahawa wabak taun itu merupakan seksaan yang ditimpakan oleh ALLAH Ta’ala kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA. Akan tetapi ALLAH Ta’ala menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Seseorang yang tetap tinggal pada suatu daerah yang dijangkiti taun dan dia sabar, malah memohon kepada ALLAH serta sedar bahawa dia tidak akan tertimpa musibah itu kecuali apabila ALLAH telah mentaqdirkannya maka dia akan mendapat pahala seperti pahalanya orang yang mati syahid.“ (HR Bukhari)

Semoga hati kita lebih tenang dan redho setelah membaca kalam-kalam yang mulia di atas. Lantas menerbitkan kesabaran yang mantap dan iman yang padu dalam menempuh ranjau hidup yang penuh mencabar di hadapan sana. Mudah-mudahan ALLAH bersama-sama kita, amin…

WAllahu Ta’ala A’lam.