Monday, February 23, 2009

another tag..

lg 1 tag dari cik eyena..layan jela..hehehe..

i) show your bag
ii) mention what is in your bag

iii) choose 5 friends to do this!


huhuhu...inilah beg ku..
actually baru je beli ahad aritu kt sogo..hehehe...cam tau2 je cik eyena ye...beg ain yg b4 ni dah koyak..mmg nazak sgt...inilah handbeg paling mahal penah ain beli..hahaha..RM67.60 after 20% less..tak la mahe beno..tp sbb b4 ni asik beli beg 20hengget je..tahan pn 3-4 bln jela..and macam biase juga...white color of course..taknak kaler lain dah..hehe..

ape ada dalam beg??


ni my purse..bonia??haha..purse 10hengget je tu..beli kt ekspo..

ahha..ni penting..biase la wanita..hehe..dlmnye ade bedak,lip balm,pencuci muka dan yg sewaktu dgnnya..


ni plak surat dr mama...actually tu surat dr SPA..panggilan ujian amali jurugambar..smpai kt kampung so ma poskan la ke sini..


haha..tu pn ade dlm beg..earphone,cabel handphone,pendrive,panadol dan juga kunci umah sewa...


ni plak sikat yg digunakan bila diluar umah..pakai tudung pn rambut kena la jaga kn..


tisu muka..tak lengkap rasanye kalo dlm beg takde tisu..penting ni..


pen..ni pn kena ade jgk..tp pastikan ade ink ye..hikhik..macam rancangan tv plak..

tula barang2 dlm beg ain..so ain nk jemput 5 org ni pula untuk menjawab tag..

~cik jivebumz
~cik honeysour
~cik yanie~putrajaya
~cik lieya lieyani
~cik hayati dari ::kenangan terindah::

Sunday, February 22, 2009

tag dr cik eyena pule...

sorry ye cik eyena..lambat cket menyahut tag tersebut..
tag berbunyi begini...

1) go to your picture holder in your computer.
2) go to 6th folder of photos
3) go to 6th picture of that folder
* put the picture on your blog n description of it..
* invite six friends to join the challengge..


oleh kerana ni laptop kt ofis maka ain mengambil gambar ye ke6 dari folder yg ke6 dari my photo folder..hehehe..



hahaha...ni gambo my sis..adik yg ke2..namenye fatihah..panggil atie blh tiya pn blh..tp ain suke panggil dia ebab..hikhik..thn ni umur 20 thn..study kt uitm kedah..gambo ni dah lame gak..time tu kami ber3 bersame dgn sorg lagi adik tgh tunggu abah bayar bil phone..kitorg pn ape lg bergambao le kojenye sementare tunggu abah...gambo ni dia yg amik sendiri pakai my nset...sengal! hahahaha...

maka ain ingin menjemput nama2 ini untuk menyahut cabaran...

~cik jivebumz

~cikhoneysour

~cik lieya lieyani

~ayie_helena

~cik ca

~cik hayati dari ::kenangan terindah::

Thursday, February 19, 2009

Tag dari cik jivebumz hehehe..pg2 tadi bukak blog ade org suruh jawab tag ni...layankan jela...hikhik..

Sape kekasih anda?
kekasih abadi..yg Maha Esa..=) pastu my family..and also my only one "abang", mr anas zuhair...

Macam mane die melamar anda?
ain yang lamar dia...caye??hikhik..takla...lupe la cam mane dia lamar...biase2 je..

Ape perkare paling BODO penah d lakukan kat korg?
erk??takde kot...

korang still KAPEL ke?
akan disatukan dan berbahagia selamanya...aminnnn...insyaallah..

sila TEMPEK gambar BF/GF korang..
actually my fiance..

ni mase dia kecik2...cumel sgt kan..


eh nape masam je tu...ni lah dia..abang yang ensem..kacak..macho..comel..cute..baik hati..ensem lagi.. ( abang,pasni blanje kite makan pizza taw.. =p )

senaraikan 10 perkara yang korang SUKA pasal si dia..
1) dia sayang sgt kt ain..
2) sanggup buat apa je untuk ain..
3) sabar..

4) setia..

5) layan je perangai n mood ain..

6) dia sanggup berubah n belajar banyak perkara untuk kebaikan kami bersama..
7) kelakar..
8) tak pernah marah

9) mata kecik..(hehe jangan marah abg..)

10) romantik...(yeke??harap2 la...hihi)
ala 10 je ke...nk tambah lg...pastu dia tak hipokrit,terima ain seadanya..dah la..kang kembang plak mr anas..

ape korang nak cakap bile BF/GF korang nak BUANG korang dari life dia?
taknak kite sudah..kite cari je org lain..wekkk!!! hahahahaha...

percaya janjiMu..

Janji Allah untuk yang ingin berkahwin..

1-"Wanita- wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita- wanita yang keji (pula), dan wanita- wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita- wanita yang baik (pula)". (An Nuur : 26)


Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.


2-"Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nur: 32)


Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, "adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?".


Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah - dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya - maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?

3-" Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)


Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.


4-"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar Rum : 21)

5-"Dan Tuhanmu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina' ". (Al Mu'min : 60)

Ini juga janji Allah 'Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sbgnya.

Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.


Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.


Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.


Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.

Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam:


"Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam". (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)

Telah bersabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam, "Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu." (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).


Telah bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik." (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6-"Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat". (Al Baqarah : 153)


Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu 'alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid'ah-bid'ah.


7-"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Alam Nasyrah : 5 - 6)


Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.

8-"Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".(Muhammad : 7)

Supaya Allah Tabaraka wa Ta'ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9-"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (Al Hajj : 40)


10-"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".(Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.

Jadi, kenapa ragu dengan janji Allah?

Tuesday, February 17, 2009

kenape gedik sangat ???

tak tau nak taip ape....gediknye perempuan itu menyakitkan hati la...ikutkan hati nk je...............sabar ain....sabar.....sabar......
tapi tu tunang aku la...pegi la gedik dengan suami kau... tak sedar diri betul...sabar....sabar ain.....

ok....ain dah boleh sabar....tenang....sabar itu indah...jangan ikut perasaan...istighfar......
wahai ______...tolong la jangan buat begitu lagi ye...awak kan ade suami...jaga la sikit tingkah laku...tak payah la nak buat suara mengada2 tu kt lelaki lain..tak payah la nak merajuk2 kt lelaki lain...

*will be update soon

bila gila kamera bersama kamera

jumaat 13 februari 2009..kt jusco bukit tinggi..nk tengok upin ipin punye pasal..padahal badan letih+ngantuk teramat sangat..pergilah mencari air yg dapat memberi tenaga..tu pn nk tunggu citer start punye la seksa..ramai betul parents bawa anak2 dorang..tp memang best la citenye..terhibur gak la..




ni plak ahad..bersantai kt tepi tasik..memang happening sgt macam kt tepi pantai..mule2 nak main layang2..tp oleh sebab terlalu ramai yg main maka tgk jela..kang ramai2 sgt eksiden plak..





and the last one.....


hahahaha...itulah encik anas yg membuatkan orang kt citu gelak melihat kami..

Wednesday, February 11, 2009

keliru+buntu+pening+tak tau


ain..tolong aku..aku tak tau nak buat keputusan..kau sorang jela yang boleh faham aku..kau tau kan aku betul2 sayang dia..sebab tu aku dah amik keputusan nk hidup dgn dia..walaupun dia bukan 1st love aku tp cinta dan sayang aku pada dia mmg ikhlas..aku nk bina hidup baru dgn dia..aku nk dia jadi imam aku,pemimpin aku..aku nk dia jaga aku lindungi aku..aku nak kasih sayang kami berlandaskan cintaNya..smpai akhir hayat kami..kau tau kan mmg tu impian aku dari dulu..kau tau kan cam mane kisah silam aku..macam mane aku betul2 perlukan seorang utk aku rasa selamat,tenang,bahagia..

ye..sabar..ain faham..luahkanlah..jangan simpan pape dlm hati tu..ain sedia menjadi pendengar terbaik utkmu..

ain,kau tau kan sebelum ni macam2 dugaan kitorg dah lalui nk smpai ke tahap ni..almost 4years..tak pernah terlintas utk aku sia2kan semua ni..aku tau..dia pun sama..aku sedar cinta dia pada aku memang kuat..aku tak pernah meragui kesetiaannya..dia tak pernah ada pmpuan lain..jauh skali curang..aku tau..


habis tu ape yg dirisaukan lagi ??

dia banyak buat aku ketawa..dgn lawak jenakanya..kalo dgn dia ade je benda yg dia nk buat aku gelak..paling2 pun tersenyum..susah nk tgk muka serius dia..nk bergurau,nak mengusik je..
tapi..aku sedih...bila perkara yg sepatutnya dia serius tp aku tak nmpak sikap tu..tentang hubungan kami..masa depan kami..kami sepatutnya kena bersikap lebih matang..kena byk berkomunikasi..tapi aku rasa kami semakin tak sefahaman..kau tau aku macam mana kn..aku tak suka bila ade masalah dibiarkan berpanjangan..tp dia...dia seolah2 tak tau apa yg sepatutnya dia buat..kadang2 aku rasa macam dia lari dr masalah..aku tertekan ain..dia seolah2 menyeksa perasaan aku...tiap kali kami ada masalah mst perkara sama akan berulang...

sabar...sabar tu kan indah..tuhan tgh nak uji ketahanan dan kekuatan korang..cinta itu tidak menyakitkan..cinta itu sentiasa menguji..

ye..aku tau tu semua..tapi kadang2 aku jadi tak tahan dgn mulut2 yg berkata2..itu ini..dan dia selalu membisu bila aku menyuarakan..family aku..kawan2..saudara mara..semua berkata tentang kami..aku..dia..aku takut...macam mana dgn masa depan aku nanti..mmg aku syg dia tapi macam mana bila kami diuji lagi...takkan dia nak biarkan aku sorang2 hadapi semua..dia sepatutnya pimpin tangan aku...takkan dia nak terus membisu...kami akan jadi suami isteri tak lama lg..semua org dah tau..patut ke aku tukar keputusan ni....patut ke ain......dia susah nk faham perasaan aku..kehendak aku..aku rasa macam kami hanya kongsi suka bersama tp bukan duka..selama ni kami bertahan pn sebab rasa sayang n cinta saje..tp kau jugak pernah bgtau aku tu saje tak cukup..tanggungjawab,persefahaman,toleransi itu sgt penting..tolong aku ain.......

ermmmm...

kepada kawan2 atau sesiapa yg membaca blog ain ni tolong lah beri pendapat,pandangan n nasihat korang...ain pn tak tau nk cakap apa lg kt dia...kesian dia asyik sedih...kalau nk cite tentang kisah dorang ni mmg panjang sgt..lenguh tangan ain nk tulis kt cni..huhu..i mean taip..so please help her ya.....

Tuesday, February 10, 2009

love my books~

petang smlm pegi jusco bukit tinggi..pastu pegi la jalan ke kedai buku popular kt ctu..aku mmg minat buku2 motivation ni..ikutkan nk beli je smua buku..tp bukannye murah buku2 tu semua..nak wat pilihan pn ssh..sbb semuanye best..so dpt beli 2 buku ni je..tu pn 1 ni ditaja by someone..heheh..thanks..

majlis pernikahan dan perkahwinan..

jumaat hari tu pergi ke majlis pernikahan kak lia..pegi dgn kak ila,kak ina n kak zai..terlewat cket pegi sbb ptg tu balik keje pn kul6 lbh..pastu pegi teman org tu ke shah alam plak..jalan jam..smpai umah dah kul 8..kepala sakit..i think migrain dtg balik la..huhu..makan ubat,mandi n siap2 terus pegi..nasib la sempat tgk pengantin diijabkabulkan..agak terharu dan sayu gak la..tambah bile dgr lafaz taklik tu..meleleh gak la..orglain yg nikah aku plak yg over feeling..heheh..sape tak tau..ain..bak kate kak leha ain cengeng,kuat nangis..hahaha..mmg mata ni senang meluahkan isinya..dpt gak la amik beberape gmbar dgn camera sony ericsson ni..haha..

kak lia dah bergelar puan pn...ain doakan kak lia dapat jadi isteri yg baik dan solehah..semoga berbahagia..


bergambar dgn kak lia,kak zai, kak ila n kak ina..


tersalah posing plak..nape nmpak cam gumuk je ye...uwaaaa...

family kak lia..dapat menantu pertama..

Wednesday, February 4, 2009

bowink+ngantuk++

bosan dan ngantuk mesti seiringan bile sistem kt office ni buat hal..bile la nk dapat keje baru ni..makin lame makin bosan keje kt cni..tp nak buat cam mane..mak cakap jgn memilih keje..ape yg dapat tu buat je dulu..baiklah mama..anakmu akur..


muka merajuk aka muka bosan...hahahahahahahaha.....
mulut pun mula la muncung seinci...kalau la dpt dok kt tepi laut..tgk ombak..anak2 kecil bermandi manda..angin bertiup sepoi2 bahasa..indahnya........

"untukmu yg kuat nangis"

mesej ni dari seseorang untuk aku..dia tulis "untukmu yg kuat nangis".. hahaha..
suke cerita ni..thanks a lot untuk mr "PILOT Terakhir"..

Kerana kau wanita......
Wanita Cantik yg suka Menangis...
Seorang­ anak laki-laki kecil bertanya kepada
ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah S.W.T. berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " >"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan
bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantik­an seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada."
Harga diri wanita!
supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata Selami lah hati wanita mu..dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik.tetapi, jika wanita itu tidak mengalirkan airmatanya, bermakna dia sedang menangis dlm hatinya...

ainbutterfly.blogspot...ucapan dari hatiku...

blog ini luahan dari hati aku..just like a diary..kadang2 kite perlukan teman untuk bercakap,bercerita..tapi tak semua boleh rasa dan faham ape yg cube kite maksudkan..for me aku lebih senang n selesa bercerita pada org yg boleh memahami diri aku..aku sedar aku tak sempurna..banyak sangat kelemahan..kekurangan..aku selalu perlukan nasihat,semangat dari org yg aku sayang..life is complicated..tapi hidup ini indah jika kita ikhlas buat ape yg kita nak, kite rasa sayang kt semua orang n semua yang kita ada..tapi...susah untuk kita jumpe kan..keikhlasan itu ibarat semut hitam dicelah batu..susah untuk dilihat..rahsia dalam hati..penipuan,pembohongan,kebencian bersepah disana sini..tak boleh dinafikan lagi..aku pn kadang2 terfikir...dah takde orang baik ke dalam dunia ni??ermm..bukan takde...ade..tp peratus tu semakin berkurang..kenapa ye??tepuk dada tanye selera..no..salah tu..tepuk dada tanye iman..tu baru betul..

aku seorang yg tak boleh pendam or simpan ape yg aku rasa..aku selalu akan menzahirkan perasaan aku..itulah nurul ain..bila aku sedih aku nangis je..bila gembira aku senyum n ketawa..tp yg ni agak negatif..sbb bila aku marah pn aku akan tunjuk marah tu..tp marah aku tak penah lama..im not a hot temper..aku cume menzahirkan perasaan aku..so untuk hamba Allah yg selalu jd tempat aku zahirkan semua ni..harap maaf n harap faham la ye..aku cuma ingin berkongsi perasaan..lagipun mmg lumrah seorang wanita diciptakan begitu..in 1day wanita ni ada 10000 perkataan untuk diceritakan..itu perumpamaannye saje..


beberapa minggu ni banyak sgt yg aku pendam dlm ni..kadang tu smpai susah utk diluahkan..caranya,aku tulis dalam my diary and also here..sbb byk sgt yg jadi dalam hidup aku beberapa hari dan minggu ni..mmg ramai yg tak tau..aku hanya mampu berdoa..berdoa..berdoa..aku tau DIA sentiasa ada utk aku..DIA maha mendengar..aku menunggu...pengakhiran kisah ini.......

Tuesday, February 3, 2009

miss my baby lulu..

tetibe rase windu sgt kt baby lulu..




comel sgt..manje plak tu..tp skrg dah besar dah kurang..dulu kalau panggil mst dia datang..windunye...kalau aku tgk tv ke salu dia dtg dok kt sebelah..manje sgt..
teringat 1st time aku bawa dia blk kampung..in about 2years ago..time tu bln pose..dia yg teman aku balik..my dear abg yg bg..ni gambar time mule2 kenal dgn baby lulu..



miss u so much baby!

mimpi yang......???

ape maksud mimpi ni ye..malam td aku mimpi ade ular kejar aku..aku dah la mmg paling geli n takut dgn haiwan tersebut..ular tu dok ikut je..aku punye la takut..yg ade time tu just makngah..kakak kpd my father..aku pn ckp la.. makngah2...buang ular tu..makngah pn campak ular tu jauh2..tp tak bunuh..pastu ular tu datang balik ikut aku..tp tak patuk plak..pelik..laju je dia ikut aku..aku dah jerit2..tetibe dtg lg sekor ular..nk ikut aku gak..pastu terus terjaga...ape ye tafsir mimpi tu...errrmmmm...just wondering...thinking...

Monday, February 2, 2009

the most important day for me..

3 february 2009..hari ni umur pn dah 23tahun..cepat je mase berlalu..pejam celik pejam celik..cam tak percaye pn ade usiaku dah sebanyak ini..tiap tahun 3februari la hari yg paling aku tunggu..hehe..rase cam taknak smpai keesokkan harinye..nk rasa hari ni lame2 lg..sbb aku rasa hari ni mcm ramai je syg kt aku..ramai ingat n ambil berat pasal aku..aku gak dpt byk doa dari family n kawan2..terharu jugak la ramai kawan2 yg wish..ingat gak korang kat ain ni ye..thank u so much..syukran..terima kasih..and perkara yg paling membuatkan aku terharu ialah....



cantik tak?thanks to u my dear abg..really2 appreciate that..actually dari kecik lg aku teringin sgt nk rantai ni..penah gak la minta kt mak..tp dulu family pn bkn org senang..nk pakai barang2 camtu mmg tak merasa la..so tinggal harapan jela..alhamdulillah hari ni dpt plak special present ni...thanks again dear..

dgn usia 23 tahun ni aku harap aku akan jadi lebih baik dari sebelum ni..insyaallah..i will improve myself..and aku harapkan sokongan dr kawan2 tersayang..semoga aku lebih kuat,tabah n sabar mengharungi ape jua ujian dan dugaan dlm hidup..

Sunday, February 1, 2009

demam...

isk isk...a day to 23years old...dah beco rupenye aku yerk..dah tua pn..huhuhu...tp badan plak tak brape sihat..jumaat aritu pn cuti..tak sedap badan..semalam dah panas pn badan..demam ape tah la..demam windu kot..hikhik..tp windu kt sape erk?? hari hi alhamdulillah im getting better..tak panas badan dah..just selsema n batuk cket..

demam2 pn semalam smpat gak merayau..hehe..sowang2 lak tu..cari ape tah..sebab bosan lak dok umah je..nnt nk tido je plak..lagi la rase tak sihat kn..so baik kua jalan2 jap..muke pn tak macam org demam kan..




actually nk buat suprise kt someone..tp tak menjadi lak..haha..datang2 je beliau ada hal penting lak..takpe la...dah takde rezeki kan...