Sunday, May 10, 2009

helpppp......

uwaaaa....cakitnye kepala ain...rase nak ketuk ngan lesung batu je...lame dah migrain tak menyerang...
pagi tadi tekak kering sgt..teringin nk minum nestlo ais..beli jela kt maple bawah ni..tak smpai separuh minum terus sakit kepala...tula degil sgt dah tau takleh minum nak jugakkkk....degil!
=,(

Wednesday, May 6, 2009

korang lahir bulan berapa?

hari ni ain nak share bende ni dengan korang..ni kajian tau..means bukan 100% betul but most probably betul okey..=) maybe around 80-90%..tapi bagi ain memang 99% betul..ngee~

kasih sayang mengikut bulan kelahiran.
Januari
- Mudah
jatuh cinta. - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang
dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya. - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan
pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai
memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu
terhadapnya
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh
bila melakukan kerja


Feb
ruari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.


Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.


April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.


Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.


Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.


Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan
perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap
individu yang dicintai. - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.


September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.


Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.


November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.


Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Monday, May 4, 2009

thanks dear..

lame dah nak bende ni..ngee~


thanks dear...cumil tak?

Wednesday, April 29, 2009

mane yg elok ye?

assalamualaikum dan salam sejahtera.. ain nak tanye pendapat korang yg bace entry ni..hopefully dapat bagi advice,suggestion or whatever.. produk kecantikan ape yg korang rase baik utk kulit?kulit ain ni sensetif la..tak tau produk ape yg sesuai..sebab ain ade resdung..so kalau silap makan cket mesti kulit jadi gatal2..seafood jangan harap la nak makan..makan pedas cket mule la hidung jadi merah..dah la ain hantu pedas..hikhik..makan ape mst nak yg pedas kalau tak takde selera..macam kureng je makanan tu..sekarang ni makanan kt kedai pn ain dah tak berape nak tahan..nak masak kt umah bkn dapat hari2..tak sempat maa..cheh macam busy sgt je..lgpn susah sbb kt umah takde peti ais..makanan kt kedai of course dorang letak perase macam2 kan..jadi pening kepala..tp alhamdulillah migrain ain dah kurang lepas minum alpha lipid..

baru2 ni kak hani ade suggest kat ain produk mary kay..tgk kulit kak hani pn mmg cantik..aritu ain pernah pergi klinik mtk advice doktor..doktor tu cakap skinfood, bodyshop
antara produk yg elok untuk kulit..ain takmo la produk2 yg ade bahan2 kimia pastu ade peeling tu semua..hancus kulit nanti..takut nak pakai tak pasal2 berpanau sane sini..dulu ain penah try 1produk tu..ingatkan elok tp bile stop muke jadi merah2 macam ruam..dlm 1week baru ok blk..alhamdulillah la kulit ain sekarang tak teruk sgt..takut sgt muke jadi berjerawat banyak pastu parut2 lagi tambah panau lg pastu tambah cincau yoes bak kate mysis..haha..

kalau boleh skrg ain nak cari produk yg baik untuk kulit dan tak mahal sangat..tak mampu lor nak pakai yg mahal2..org perempuan ni kena pandai jaga kecantikan diri..luar dan dalam..not luar saje okey.. dalam muchmuch more..hati mau bersih takmo dengki2 takmo benci2..wajah kan gambaran hati..and jangan lupa kosmetik yg paling bagus tentunya air wuduk..kalau tu takde mmg muka takkan ade seri punyelah..believe me..alangkah indah kalau kita ade wajah yang cantik dan
peribadi yg indah..wahai wanita2 sekalian..marilah kita sama2 mencapainya..chaiyoook!!! so kalau korang ade cadangan nak bagi kt ain silakan..sangat2 dialukan..nak kawen lagi la kena pandai jaga semua tu..untuk suami...kawen???adakah?? tungguuuuuu.....

Thursday, April 23, 2009

2 orang daaaa...

tag ni dari 2org iaitu cik jivebumz dan juge incik kimo..sekian lame tak terjawab..ngengeee~

1-Anda perlu printscreen wallpaper anda yg tgh anda guna skrg jgn tipu2 ek..x suke...
2-Bg tau naper anda suka wallpaper anda???


sebab ade rama-rama dan chantekkk...itu sahaje..


dan dapat award jugeee~

thanks to ezmesm.blogspot.com aka jimz.. =)


Sunday, April 19, 2009

biaselah...

macam biase..aktiviti mingguan..jalan2 jumpe my best friend..pastu saje je melawat tempat belajar yg dirindui..sebab lame tak pegi bangi..and photography..sape nak cari photographer utk tunang ke kawen ke ape ke buley la hubungi ain..hehe..ain pembantu je..jgn risau..pakej kami tak mahal punyo..

tag lagi..

last week pnye tag dari cik eyena..lambat cket menjawab..biase la kebizian melanda..

++
APAKAH PERKARA/BENDA PALING PENTING DALAM HIDUP KAMU??
of course my family dan orang tersayang

++ APAKAH BENDA YANG TERAKHIR YANG KAMU BELI DENGAN DUIT SENDIRI??
makanan lunch td la..kueh 5 ketoi dgn bihun..hehe..lapo sbb tak bekfes..

++ DI MANAKAH TEMPAT IMPIAN PERKAHWINAN KAMU??
wah..ditepi laut china selatan..buley?? ngee~

++ ADAKAH KAMU DI LAMUN CINTA???
yes..
++ DI MANAKAH RESTORAN TERAKHIR KAMU MAKAN MALAM?
mane ye..big apple rasenye..

++ NAMAKAN BUKU YANG TERAKHIR KAMU BELI??
membina cinta sayang,membina hati bahagia,membina peribadi unggul..beli kt pesta buku pwtc..hehe

++ APAKAH NAMA PENUH KAMU??
Nurul ain binti mohamad yusop

++ KAMU LEBIH SENANG DENGAN MAK ATAU AYAH??
mak.

++ NAMAKAN SESEORANG YANG KAMU INGIN BERJUMPA UNTUK PERTAMA KALINYA
DALAM HIDUP ANDA??
yes! my 1st baby..tak sabar sgt..smpai termimpi2..haha

++ ADAKAH KAMU MENCUCI PAKAIAN KAMU SENDIRI??
of course.

++ ORANG YANG KAMU NAK TAG
takmo la tag sape2..sebab i pn salu tak buat bile kene tag..kekeke

Wednesday, April 15, 2009

entah mengapa..


entah mengapa..tiba2 kesayuan menyelinap ke seluruh urat saraf.. hmm.. Sukarnya mahu menukarkan apa yang bermain difikiran ni dalam bentuk ayat..mungkin aku ini seorang yg selalu melihat sesuatu perkara hingga ke sudut paling dalam..ya..aku pemikir terhebat..iyela kalau tak macam mana migrain boleh menyerang..aku perlu lebih redha dengan tiap ketentuan..hidup ini pelik kan? namun hidup cukup indah.. untuk kita yang tahu bersyukur..untuk hati yang memiliki sifat qanaah..qanaah,merasa cukup..dan paling penting sabar..sabar itu kan indah..
hatiku sayu lagi..mengapa?entah..aku sendiri tak pasti..bicara hati ini sukar untuk diterjemah..aku cuba anyam semua ini menjadi hamparan..lukisan yang mudah untuk difahami..adakala aku lelah..untuk memberitahu supaya ada yang tahu apa yang aku mahu..aku tidak minta banyak..aku ingin dimengerti,difahami..susahkah? ya mungkin mmg susah..bila difikir2kan balik hidup mmg begini..banyak perbezaan..
tiba2 aku rasa sunyi..seolah2 tiada siapa perasan kewujudan aku disini..aku berdiri disini..tak nampakkah?kaburkah pandangan mata itu?atau mungkin buta? oh tidak..sebenarnya hanya tidak melihat dengan mata hati..mengapa? entah..

baiklah...~

go! dont disturb me! just move forward! let me live alone!

oh tidak...itu bukan suara hatiku..itu hanyalah kata2 dari bibir yg tidak mahu membenarkan bisikan hati nurani..itu hanya dari hati yg ego! egokah aku? maybe sometimes..kerana sering juga kata2 dari bibirku berbeza dgn kata hati..hati aku terlalu halus untuk dilukai..terlalu lembut untuk disakiti..jangan sakiti aku..sayangilah aku..fahamilah aku..
Tuhan..limpahi aku dengan kasih sayangMu..supaya aku rasa ada kawan melindungku..agar aku tak rasa sepi didalam hidupku..ya Allah..tuhan yang mencipta hati..baikilah hatiku supaya redha selalu..
oh air mata..mengapa menitis lagi jatuh ke bumi...ada sape2 nak lapkan tak???

sekian~~

lagi..

award dari sarrahunny..tenkiu dear..


syarat2 menerima award ni

1.Pastikan jantina anda adalah perempuan
2.Copy badge sebagai award anda
3.Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
4.Pass kan award ini kepada girl-friends anda

yes diriku seorang wanita..

~sebab wanita itu istimewa
~senang dapat pahala
~doa seorang wanita lebih makbul
~sebab besttt
~boleh pakai skirt..ngee~
~boleh simpan rmbut panjang2
~boleh mengandung

sape rase dia seorang wanita atau perempuan amik la..

layannn..

award dari kimo..thanks..sowie agak lmbt..sebab lately agak busy..ngee~Award rules

1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded

2. Make sure u take the pic n said it is from [http://sheluvsmusic.blogspot.com]

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.

4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog

5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!


~anak sulong dari 8 adik beradik
~asal dan lahir di perak
~sewa umah kat kota kemuning
~suke photography
~suke jalan2 kt tempat yg tenang
~benci dgn rokok sebab asapnye sangat menyakitkan otak
~suke kucing
~love my car yg diberi name pupu
~kuat berfikir
~tak tau nk tulis ape lg..haha~

takmo tag sape2..sebab...sukati la...wek..lalalalala~



tag dari kimo..ni je ade tulis name so jwb yg ni jela..

1. Apakah hubungan awak dan dia? + diorg?

kawan kt blog maa..

2. 5 impressions terhdp dia...
i. sempoi
ii. kalakar kot..
iii. sporting

iv. bertanggungjawab..hehe..
v. ok gak kwn dgn dia nih..


3. Perkara yang paling memorable yang die lakukan kat awak..

advice tntng photography..

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak..

i told u, u are talented...^^ nice picture.. ngehngeh..

5. Kalau die kekasih awak.. awak akan..
hah?

6.Kalau dia jadi musuh awak. awak akan...
takmo la musuh2..tak baik..

7. Kalau die kekasih awak.. dia perlu improve dlm..
erkk...


8. Kalau dia jadi musuh awak... mungkin kerana...
oh tidak mungkin..

9. Overall impression ttg dia..
sempoi

10. The most desirable thing to do to her/him...
amik gambar sesame?? hehe

11. Apakah awak rasa ttg pandangan org terhadap awak?...

tak tau la..

12. The character of you for yourself?
sensetif kot

13. On contrary, the character you hate about you..
cemburu n marah

14. The most ideal person you want to be with?
UNDERSTANDING..


15. For people who like you.. tell sumthing about them...
i love u..hehe

16. Ten people you tag:
~takmo tag org juge
~takm0
~takmo laa
~taknak

~nehi

~no
~laa
~tidak
~enggak
~sape nak wat sile la..



ade lg 1..nak amik dua2 gak tak kira..incik kimo jgn kedekut taw..


i'm not single award untuk sesape yang dah berpunye..same gak korang kena bgtau 4 sebab nape pilih untuk not single..
sape2 nak award ni leh amik ye..ngee~
~sebab tak suke sorang2 ~tak suka rasa sunyi ~nak selalu ada teman bercerita ~ive got one


~kadang rasa sunyi gak bile takde sape nak layan
~bukan tiap masa org ada masa untuk diri kite
~kadang2 kite tak dihargai dan dipinggirkan..huhu cedey
~bile perasaan kite tak dpt difahami kite rase cam hidup sorang2 je..



Sunday, April 5, 2009

photos only..














salam alaikum semua..hari ni ain merasa amat malas nk menaip..sebab letih bangat ni..so nak upload some of photos yg diambil weekend lepas..mase kakak sedara ain kawen..love the kellie castle..sgt klasik dan misteri..

Wednesday, April 1, 2009

nak kawen??

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ni..sebenonye takde topic yg nk diupdate..tapi tadi bile bace blog kawan ain sorang tu tergerak plak hati ni nk menaip..mmg besh bace blog nye si pamie tu..tersenyum2 kadang tergelak sowang2 ain bace blog dia..dia kawan ain mase skola dulu..1 class..sekarang dia tgh blajo kt universiti al azhar,ijazah sarjana muda bahasa arab..(betoi kot ni..) tadi baru baca tajuk dia "pengumuman aku akan melangsungkan perkahwinan"..igtkan betoi le upenye tak tau dgn sape n tak tau bile..ish2..senang2 ko kawen dgn aku jela pamie..haha gurau2 ye..tak pasal2 ade yg kene lepuk dgn senduk aluminium bak kate si pamie tu..hahaha..
ape ni asik cite pasal pamie je..sebenarnye nk taip pasal kawen..ape maksud sebenar perkahwinan..koang tau?perkahwinan ni luas maknenye kn..koang bile nak tawen?hikhik..tmbah2 yg ade pakwe or awek tu..tak elok tunggu lame2..ngee~ ain? insyaAllah tak lame lg..kalo ain tawen nnt ain jemput la koang..kene dtg kt kampung ain kt kampung gajah, perak taw!
secara jujurnya skrg ni ain mmg nak sgt ade suami yg boleh jaga n pimpin ain sebaiknye..rasenye semua wanita ade impian camtu kan? betoi tak wahai wanita2 yg diciptakan dari rusuk lelaki? lelaki2 plak mst tgh mencari rusuk kiri koang yg hilang tu kan..takpe adenye tu tgh menanti..ngehngeh..sbnrnye ain risau gak..yela as we know mcm2 cabaran kt alam rumahtangga ni..ramai org dah cakap kt ain dah kawen nnt lain..jauh beza mcm bercinta sblm tu..kite ade tanggungjawab,komitmen besar kt family..sbg pompuan kite kena lebih banyak bersabar..ain ngaku ain bukan seorang yg penyabar..b4 ni ain cepat je down kalo ade ujian pada diri ain..thats y skrg ni DIA tgh uji kt mane tahap kesabaran ain..DIA kan maha mengetahui..ain yakin tu..korang pun mesti yakin..korang tau tak actually skrg ain mmg betul2 tgh diuji..takpe,insyaAllah bila impian ain tercapai ain akan cite kt korang kisah yg terjadi..dalam tempoh in about 1year ni..macam2 dugaan DIA bagi..mmg tak pernah terlintas ain akan lalui semua ni..
dulu2 mase mude2 (ceh cam tua sgt je..) ade la plan nak kawen umo 24 or 25..haha..ain ni muda2 lg dah fikir jauh taw..nak tau tak ciri2 suami idaman ain..nk gitau jugak tak kire..1stly mst la nak yang ilmu agamanya lebih dari ain so dia blh pimpin ain..lembut tp tegas,kelakar,penyanyang,amik berat,penyabar,setia n tak gatal or mata keranjang..ain nak lelaki yg tak pernah sentuh wanita lain..mean i'll be the 1st one..pastu fizikalnya ain nk yg berkulit agak gelap,tak kurus n tak gemuk,tinggi, tak hensem tp sejuk mata memandang,mean tak selekeh la kan..wah..so perfectionist kn..tapi lame2 ain sedar..takde sape yg perfect..kalo kite nk yg baik kite kene jadi baik dulu..lelaki baik untuk wanita baik camtu gak sebaliknye..bila dah dpt pasangan kite kena redha..terimalah seadanya siapa jodoh kita..tanggungjawab,toleransi,persefahaman ade insyaAllah kita boleh jalani bahtera rumahtangga dgn selamat..sdiakan diri dgn ilmu rumahtangga secukupnya..kalo tak koang nak jadi cam cite2 yg salu sgt kua kt paper,tv tu..kawen kejap dah cerai..nauzubillah..pape pn semuanya bergantung pada diri kita dan paling penting redha dari Pencipta kita..

gambar hiasan..gambar kt umah pengantin lelaki yg ain shoot last week..